Thursday, 20 October 2016

Kopi itu fatwanya Haram?




Kurun ke 16 merupakan kemuncak kepada kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Masa ini adalah masa Uthmaniyah paling maju sekali. Khalifahnya Sulayman the magnificent, khalifah yang melanggar Austria Hungary. Arkiteknya Mimar Hoca Sinan yang merekabentuk masjid biru. Di laut ada Kapten Hairettin ( baca Hairudin) Barbarossa yang bangsa Eropah cukup gerun dengan kehandalan dia. Sheikh Al Islam ( Mufti negara) dia ialah Ebusuud ( baca Abu Saud)Effendi.
Sulayman al Qanuni 

2 Lelaki punca viral.

Semuanya bermula dengan dua orang lelaki datang ke Istanbul pada pertengahan tahun 1550 ke 1565 ( Melaka jatuh 1511). Seorang bernama Fikri dan sorang lagi bernama Halim. Dua-dua lelaki ni berasal daripada Halab ( Aleppo ) di Syria. Mereka datang ke Istanbul dengan membawa biji-biji hitam daripada tanah arab yang bernama Kopi.

Dalam masa sekejap saja, viral la minuman kopi di Istanbul. Kedai-kedai kopi starbuck dan coffe bean  tumbuh macam cendawan lepas hujan di Istanbul. Kopi menjadi fenomena sosial dan perniagaan.

Akhirnya sheikh Al Islam ( mufti) Ebusuud Effendi mengeluarkan fatwa pengharaman kopi.

Ek Eleh, apa punya mufti, jumud.

Mufti tak sekolah.

Ebusuud effendi ni wahabi.

Agaknya beginilah antara status di facebook yang akan keluar di komen-komen dan newsfeed orang Istanbul kalau ada Facebook masa tu.

Apa yang berlaku.

Lepas kopi menjadi viral maka banyaklah kedai- kedai kopi dibuka. Ramailah orang duduk melepak di kedai kopi menikmati minuman kopi. Kebetulan pula, ketika itu Istanbul dilanda dengan perubahan cuaca yang dinamakan Little Ice Age. Apa benda tu? Istanbul dilanda cuaca sejuk yang amat sangat sampai selat Bosporus itu pun jadi beku. Hasil pertanian merosot.

Bila orang dah mula melepak minum kopi, mula timbul beberapa perangai tak elok. Waktu bulan Ramadhan, orang dah mula tak pergi terawih di malam hari.

Saingan perniagaan kedai kopi pula jadi sengit, peniaga-peniaga mula berinovasi pada premis mereka. Muncul pula kedai-kedai kopi yang ada penari-penari.Lagi la orang tak pergi terawih. Ada pula kedai kopi yang menukarkan pelayan-pelayan mereka daripada pelayan perempuan kepada pelayan dari kalangan lelaki-lelaki muda ( faham-faham saja la kedai kopi ini sasarannya golongan apa).

Dah cukupke kenikmatan-kenikmatan kopi ini?

Belum lagi……

Kalau kedai kopi kau ada penari, aku buka pula kedai kopi dan tembakau ( cigar ). Ni barang baru jugak ni. Maka tambah kenikmatan lagi dengan tembakau. Yang menghisap cucrut ni pun ada pulak satu perangai tak elok dia yang membuatkan orang-orang yang tak menghisap menyampah dengan mereka.

Tau apa dia?

Mereka kuat meludah. Puuuiiii ….. habis terkena pada orang yang lalu lalang di jalanan.

Mula bercampur dengan lain-lain substance

Kopi dan candu, kopi dan Ganja. Ada pula yang buka kedai mereka, sambil minum kopi sambil kunyah candu, minum kopi sambil hisap ganja. Sampai ada menteri yang mati pasal benda ni tau.

Perlu diingatkan disini, dulu dua benda ini tidak diklasifikasikan sebagai dadah macam zaman sekarang. Orang dulu kunyah candu macam tok nenek kita kunyah tembakau.

Balik pada mufti Sheikh Ebusuud Effendi tadi, dia pun tak boleh buat apa-apa, tengok saja lah. Tapi dia memang tak suka gejala kopi ni. Dia dah nampak masyarakat dah jadi teruk.  Malah beliau sampai kena fitnah di whatsapp group yang mengatakan beliau telah menenggelamkan kapal yang bawa kopi masuk ke Istanbul. Padahal dia tak ada kena mengena pun dengan kemalangan tu.

Black death

Dek banyaknya kedai kopi, perniagaan pun pesat, kedai beroperasi sampai tengah malam, berlakulah kecuaian. Api dapur lupa nak dipadam. Maka berlakulah kebakaran di Istanbul. Untuk makluman, Istanbul merupakan kota Metropolitan. Bandarnya padat. Kebakaran yang berlaku bukan kecil. Dicatatkan kebakaran berlaku selama 16 hari. Ya! Setengah bulan baru padam. Ramai yang mati. Mayat bergelimpangan di jalanan, di rumah-rumah dan premis-premis di Istanbul. Bukan sikit ya mayatnya dan tidak cukup orang untuk menguruskan mayat-mayat tadi. Hingga keluar pula tikus-tikus yang banyak memakan mayat-mayat tadi. Maka menular pula wabak penyakit. Ada satu kisah dimana 10 orang hendak mengebumikan mayat rakan mereka, dalam perjalan ke kubur tu, 4 orang dari sepuluh tu pun mati jugak dan dikebumikan sekali.

Dan pada tahun 1573, muncullah apa yang dipanggil The Black Death yang telah menghapuskan 1/3 daripada penduduk Eropah. Ada yang kata bermula dari Armenia.
Habis sini dulu kisah fatwa pengharaman Kopi.


Sunday, 2 October 2016

Masjid Lama Kampung Olak Sepam, Pagoh



Menurut cerita penduduk tempatan, masjid ini telah dibina pada tahun 1931 di atas tapak masjid yang asal.


 Pada tahun 1961, masjid ini telah dibesarkan dengan menggunakan bahan batu bata serta bumbung genting ‘Marsille’menjadikan masjid ini mempunyai gaya seni bina yang unik kerana mempunyai kombinasi ciri-ciri tempatan dan barat.


Pada tahun 1971,telah berlaku air pasang besar dan banjir sehingga menenggelamkan ruang solat masjid ini. 





Oleh itu, sebuah masjid baru telah dibina diatas tanah tinggi bagi menggantikan masjid ini. Sejak itu, masjid lama ini tidak lagi digunakan dan dibiarkan usang sehingga hampir musnah.


Oleh kerana struktur rekabentuknya yang unik dan menarik, pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti telah melakukan kerja-kerja pemuliharaan dengan mengekalkan rekabentuk asal masjid ini.