Masjid asal Peringgit yang dibina pada tahun 1141 Hijrah bersamaan 1726 Masehi telah musnah. Masjid ini pula telah dibina pada tahun 1293 Hijrah bersamaan 1868 Masehi. Ianya adalah masjid tradisional negeri Melaka. Berbentuk empat persegi, bahan binaan terdiri daripada batu laterite dan batu bata era Belanda sebagai asas dan dinding, lantai masjid diperbuat daripada susunan Terracotta.
Loteng, perabung, kekisi tingkap dan pintu daripada kayu. Tiga lapisan... bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka.
Gentingnya terdiri daripada genting China pada bahagian verandah dan genting Belanda pada bumbung tengah dan bumbung utama. Bahagian kubah/puncak dibuat daripada batu karang berukir seperti yang dapat dilihat.
Pada tahun 1978/1979 kerajaan negeri Melaka telah menambah besar bahagian belakang masjid ini dengan binaan konkrit yang melenyapkan tangga utama, perigi, kolah, susunan terracotta dan batu bata era belanda dibahagian halaman. Genting China dan genting Belanda ditukar kepada genting simen dan lantai terracotta di veranda ditukar kepada jubin moden.
Dibahagian sisi kanan telah dibina binaan tambahan yang digunakan sebagai kelas fardu ain untuk kanak-kanak setempat.
Apabila masjid Negeri siap dibina pada tahun 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dan kariah masjid berpindah ke Masjid Negeri. Masjid Peringgit digunakan oleh penduduk setempat untuk solat harian sahaja. Lama kelamaan banyak dari kerja kayunya yang rosak disebabakan anai-anai dan air hujan sehinggakan ianya tidak lagi selamat untuk digunakan.
Pada tahun 2002 Jabatan Muzium dan antikuiti telah melaksanakan kerja-kerja konservasi dengan mengembalikan bentuk asal Masjid Peringgit.

No comments:
Post a Comment