Wednesday, 21 September 2016

Masa adalah persepsi


Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode perbandingan satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, tidak akan ada yang dipanggil persepsi masa.

Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah billik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.

Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya sesorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami suatu "ketika" yang sedang di diami kini

No comments:

Post a Comment