Pembinaan asal Masjid ini 119 tahun dahulu (1897) menggunakan dana, tenaga dan kepakaran 100 peratus penduduk kampung.
Mereka yang terlibat dalam gotong-royong untuk mendirikan masjid dibahagikan tugas mengikut kepakaran seperti memotong kayu, mengetam, mengukir dan membuat atap rumbia.
Pembinaan masjid ini menggunakan dua jenis kayu utama iaitu kayu seraya dan kayu kumus (balak balau kumus). Semua kayu membuat tiang, lantai dinding dan tangga diambil dari hutan berdekatan yang ditarik keluar menggunakan kerbau.
Rekaan masjid dan setiap seni ukiran di dalamnya merupakan hasil kreativiti penduduk kampung sendiri malah, ia juga mempunyai kubah yang unik serta binaannya tidak menggunakan paku.
Tahun 2014 telah membawa perubahan kepada Masjid ini apabila seorang anak desa (yang tidak mahu namanya didedahkan) telah mengeluarkan dana sebanyak RM180,000 untuk melakukan usaha baik pulih terhadap masjid ini.
Usaha baik pulih ini telah memberi nafas baru kepada masjid ini tetapi masih mengekalkan identitinya, sekali gus mempertahankan warisan peninggalan nenek moyang..
Penambah baik hanya meliputi 30 peratus bahagian masjid yang melibatkan cat dan pertukaran atap, tingkap, tangga, kayu reput, pembinaan tandas dan pagar di sekeliling masjid manakala 70 peratus merupakan bahagian asal yang dikekalkan.
No comments:
Post a Comment