Thursday 22 September 2016

Masjid Jin, Kampung Panchang Bedena


Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1905 (110 tahun) dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan.

 Ia dikaitkan dengan misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu malam....
Walau bagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid.


Aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk Allah dan ada juga yang beriman. Seperti Firman Allah : Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Az Zariyat [51]: 56).


Aku berminat dengan senibina lama terutamanya senibina kayu dan sering merakamkan gambar-gambar masjid atau rumah lama sebagai sebahagian dari koleksiku jadi sudah semestinya masjid ini menjadi salah satu subjekku. Aku meninjau berseorangan di kawasan masjid ini dengan menghayati senibina dan mengambil beberapa keping gambar, cuma pada satu ‘tempat’ bulu roma ku meremang secara tiba-tiba terutama di kolam lama di depan tangga masjid.


Masjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya. Kubahnya berbentuk piramid bertingkat merupakan ciri kubah melayu.

Papan Tumpu Kasau nya berukir halus dengan motif geometri dan motif tumbuhan pada kepala tingkap.

 Satu ciri yang aku tidak boleh jumpa dalam senibina di tempat aku (Melaka) ialah tumpu kasau nya di lengkapi dengan 'Kepala Cicak'. Mengikut pembacaan aku, ciri ini merupakan pengaruh senibina Acheh.


Sayang sekali aku tidak dapat masuk meninjau ke dalam masjid ini kerana ianya berkunci. Melalui maklumat yang aku dapati, masjid ini hanya digunakan beberapa kali setahun sahaja seperti untuk solat hari raya

No comments:

Post a Comment