Friday, 23 September 2016

KITA:Dulu,Kini dan Masa Depan.


Aku ada seorang datuk (abang kepada datuk aku yang aku panggil Tok Itam ) yang hidup  selama 80 tahun lebih.  Aku selalu ke rumahnya, menziarahinya dan berbual.
Satu hari aku ke rumahnya untuk melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan lebih awal dalam hidup aku ini iaitu BERTANYA tentang keluarga aku sendiri.


Aku tidak tahu bagaimana dengan kau, tapi aku hampir boleh jamin yang kita ini tidak bertanya cukup soalan kepada datuk nenek kita (juga generasi lebih tua) mengenai hidup mereka dan juga mengenai hidup ibu bapa mereka. Kita menjadi self-absorbed tetapi dalam kita menjadi begitu, kita lupa  untuk mengambil berat tentang konteks kehidupan yang kita tenggelam di dalamnya ini. Kita boleh google mengenai sejarah dunia dan juga mengenai sejarah negara kita, tetapi sejarah diri kita sendiri - yang mana sepatut patutnya kita lebih tahu-hanya boleh dicapai maklumatnya dengan cara menanyakan soalan.
Hari itu Tok Itam menggelarkan dirinya sebagai 'yang tertinggal' bermaksud orang orang di sekelilingnya dari masa dahulu semuanya telah meninggal - kakak, adik, sepupu, rakan dan sahabat semuanya telah pergi. Selain daripada menjadi satu fakta yang memurungkan, ianya juga telah menjadi pukulan kesedaran kepada aku bahawa harta yang kaya dengan maklumat terperinci mengenai keberadaan keluarga aku disimpan didalam tidak lain tidak bukan  - otak yang berusia lebih 80 tahun  dan sekiranya aku terus tidak mengendahkannya, maklumat ini akan hilang buat selama lamanya.

Jadi aku pun mula menanyakan soalan.

Dia jadi teruja.

Hanya beberapa minit diambil dan dia menjadi begitu asyik bercerita. Dan 3 jam aku melekat duduk di depannya.

Aku belajar tentang datuk dizaman kanak kanaknya. Aku tahu yang datuk membesar dizaman penjajahan,tapi aku tidak pernah tahu akan perinciannya yang menakjubkan - perkara seperti bagaimana masyarakat melindungi adik-adik perempuan dan anak-anak perempuan sekampung. Kejujuran jiran  dalam urusan jual beli tanah, bagaimana percintaan dizaman mereka, apresiasi datuk kepada muzik, fesyen dan hobi, emosi dan pemikirannya dan sebagainya.

Aku juga belajar tentang  datuk kepada datuk ku ( Kamus Dewan : Buyut).  Memang sebelum ini aku sudah tahu sedikit sebanyak – nama mereka, tetapi  buat pertama kali mendengar perinciannya yang membuatkan mereka ini menjadi ,‘real people‘ .  Malah, aku baru mengetahui yang datuk kepada datukku ( yang aku membawa Bin beliau ) telah meninggal dunia di Rantau negeri sembilan dan di kebumikan di sana kerana tidak cukup biaya untuk membawa jenazahnya pulang untuk dikebumikan di kampung.

Kini, buat pertama kalinya aku menyedari tentang nenek moyang ku yang bahawa mereka ini adalah,‘real‘ dan juga merupakan insan-insan  kompleks dengan personaliti yang pelbagai. I cannot believe I spent my life up to now satisfied with knowing almost nothing about them. Terutamanya bila dikenang semula  kerana merekalah aku ada di sini.

Mengenali mereka atau mungkin tahu sedikit sebanyak tentang mereka membuatkan aku sedikit berasa gembira. Tapi kini aku sedih mengenai insan-insan ‘kelabu’ yang lain ini:


Semua ini telah membuatkan aku berfikir mengenai salasilah ( genealogy )dan bagaimana ianya merupakan  satu konsep yang menakjubkan. Apakah yang akan terjadi sekiranya aku terus mengembangkan salasilah leluhur  aku ini ke lapisan atas dan atas lagi? Bagaimanakah sebenarnya 4 pupu itu, berapa ramaikah mereka dan dimanakah mereka berada di waktu ini? Juga bagaimana agaknya  bila memikirkan yang aku ini kepada seorang remaja ditahun 2300 masihi nanti, menjadi seorang ‘Bro‘ dengan fesyen rambut kelakar duduk di lapisan yang sangat tinggi dalam salasilah leluhurnya bersama-sama dengan ratusan insan-insan yang lain? Mari kita cuba.

Masa Lalu : Kon Leluhur Kita

Mari kita mulakan dengan masa lalu dan lihat apakah yang terjadi apabila kita terus mennyusur ke lapisan-lapisan atas dalam salasilah keluarga kita, atau apa yang aku panggil sebagai Kon Leluhur.

Kita boleh lihat susunan orang menjadi sangat-sangat padat apabila kita bergerak naik ke beberapa generasi ke atas. Di barisan paling atas sekali itu adalah bapa kepada datuk kepada datuk kepada  datuk kita (great great great great great grand parents) . Insan-insan ini seramai 128 orang. Yang menjadikan perkara ini menarik adalah, bagaimana pada suatu masa yang tidak berapa lama pun sebelum ini, rupanya kita mempunyai sebegitu ramai nenek moyang. Anggaran kasar purata generasi ini pada umur 25 ke 30 tahun, kebanyakkan mereka ini sama umur dengan kita hari ini pada tahun antara 1800M ke 1825M. Jadi pada awal kurun ke 19 lalu, ada 128 orang yang hidup di dunia ini dan menjalani  kehidupan mereka, dan terdapat  1/128 daripada genetik setiap orang ini di dalam tubuh kita hari ini.

Siapakah mereka ini semua? Di negeri atau negara mana mereka pernah tinggal? Apakah yang mereka telah lakukan dalam hidup mereka? Apakah tragedi yang telah mereka lalui dan apakah agaknya kejayaan-kejayaan mereka? What were the 254 parent-child relationships in this diagram like? Hubungan menantu-mertua yang manakah yang rapat dan penuh kasih sayang dan yang mana pula yang ada perbalahan?

Yang gilanya ialah, kita baru melihat ke 200 tahun yang lalu sahaja dalam leluhur kita. Ianya sudah mengandungi  127 kisah percintaan dan kita ini adalah hasil cinta tersebut. Ini baru 200 tahun.
Alright, I’m nervous about this, but I’m gonna take a crack at going even further-
Ok, kali ini sudah jadi betul- betul  tidak boleh hendak dijangkau. Gambar rajah ini baru pergi lagi 5 generasi sahaja ke atas daripada yang mula-mula tadi dan lihat lah kepadatannya.
4096 orang manusia di bahagian atas sekali itu merupakan moyang kita punya moyang punya moyang punya moyang punya moyang. Dan mereka itu dalam lingkungan umur seperti kita sekarang pada separuh kedua tahun 1600an, sama masa ketika Eropah baru memasuki era Enlightenment.

Sekarang kita boleh nampak mengapa kita tidak rasa kagum pun bila ada orang beritahu kita yang dia berasal dari keturunan raja yang terkenal  pada beratus tahun dahulu. Lihat sahaja ada berapa ratus malah ribuan orang moyang yang kita ada hanya dengan berundur 300 tahun ke belakang! Di bahagian atas itu sahaja tidak mustahil barangkali terdapat kerabat raja, pahlawan dan panglima, pelukis, pedagang, fakir miskin, hartawan, petani, nelayan, tukang karut, ulama dan apa sahaja yang wujud pada ketika itu.

Apabila kita cuba lihat bahagian atas sekali itu dengan teliti, apa yang kita akan nampak adalah 4096 orang manusia yang sangat-sangat kecil, akan tetapi sedarkah kita yang sekiranya kita cabut  seorang  sahaja keluar dari situ, maka kita tidak akan wujud dalam dunia ini. Wah!

Satu perkara  yang aku rasa tidak masuk akal mengenai bagaimana jumlah nombor ini berganda secara exponential  ialah kita baru berundur 3 kurun dan jumlahnya ialah 4096 orang, jika kita teruskan lagi dengan kadar yang sama, jumlah leluhur kita akan jadi begini :


Ini menjadikan kita ada 68 bilion orang moyang pada sekitar tahun 1100 Masihi. Ini tidak masuk akal kerana populasi dunia adalah seperti ini:


Jadi, apakah penjelasannya?

Dengan satu konsep yang dinamakan Pedigree Collapse, dimana apabila manusia kebanyakkannya berkahwin dengan pasangan mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan malah dari keluarga yang rapat. Sebagai contoh, apabila dua pupu berkahwin dan mendapat anak, anak mereka tadi sudah tidak mempunyai  8 orang datuk dan nenek lagi. Dalam situasi begini, anak tadi hanya mempunyai  6 orang datuk dan nenek ( 3 set). Ini kerana ibu bapa anak tadi berkongsi moyang yang sama.


Sebelum pergi lebih jauh, ketahui fakta ini terlebih dahulu :
Menurut ahli antropologi Rutger, Professor Robin Fox, 80% daripada perkahwinan didalam sejarah adalah diantara sepupu atau 2 pupu. ( Richard Conniff.“Go Ahead, Kiss Your Cousin“)

Ini adalah kerana, didalam sejarah manusia, manusia menjalani kehidupan mereka hanya didalam lingkungan 5 batu radius dan orang-orang lain yang berada sekali dalam lingkungan ini kebiasaannya adalah saudara samada saudara jauh mahupun saudara dekat. Ini adalah fenomena biasa baik di dunia barat , Timur tengah juga di Afrika utara.

Jadi, kumpulan 4096 orang tadi? Sejumlah daripada mereka tidak diragukan lagi ada yang bertindih (duplicates). Maknanya jumlah sebenarnya adalah sedikit kurang daripada itu. Dan untuk seseorang pada beberapa ribu tahun dahulu, jumlah moyang generasi ke 10 mereka sebenarnya adalah jauh lebih sedikit daripada 4096 orang.

Disebabkan oleh Pedigree Collapse ini, jika kita menyusuri leluhur kita jauh nun ke atas sana, kita akan dapati ia akan menguncup dan menghasilkan bentuk berlian seperti ini:


Ketika dimana Kon leluhur kita adalah yang paling lebar adalah pada sekitar 1200M, bilamana salasilah keluarga kita mengahampiri jumlah populasi dunia pada masa itu. Bermula daripada itu, pedigree collapse menjadi faktor yang lebih kuat berbanding gandaan x2 setiap kali ke atas tadi dan salalsilah kita akan mula menguncup.

Masa Kini: Saudara Mara Kita Yang Masih Hidup.

Dalam ‘kegilaan pembiakan’ yang kita ini termasuk didalamnya tadi, apakah sebenarnya pertalian kita dengan orang lain yang ada diatas muka bumi hari ini?

Jawapan paling mudah untuk memahamkannya ialah, semua orang  yang kita tidak kenal dalam dunia ini merupakan saudara pupu kita,Cuma soalnya adalah berapa jauhkah saudara pupu nya kita dengan mereka itu.  Darjah bagi saudara pupu itu boleh dirujuk kepada berapa lapis keatas kita perlu berundur sehingga kita berjumpa dengan leluhur yang sama. Untuk  1 pupu, kita hanya perlu berundur 2 generasi untuk bertemu dengan datuk yang sama manakala 2 pupu pula, undur sebanyak 3 generasi untuk bertemu dengan moyang yang sama. Bagi 5 pupu, undur 6 generasi dan bertemulah dengan moyang punya datuk yang sama.

Memandangkan ramai yang keliru tentang definisi saudara pupu ini, cuba lihat ilustrasi ini yang menerangkan contoh 2 pupu.


Jadi, perhatikan. Ianya mengenai berada di generasi yang mana. Anak kepada 2 pupu, menjadi 1 pupu , kerana jauhnya mereka dengan kita ialah sebanyak 1 generasi.  Agak kompleks untuk cuba menerangkan mengenai konsep  ini.

Jumlah saudara pupu yang kita ada bertambah secara exponential bila jarak semakin menjauh ke atas. Kita mungkin mempunyai jumlah 1 pupu yang yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan 3 pupu yang berjumlah ratusan dan 5 pupu yang mencecah ribuan orang.

Memandangkan aku obses dengan konsep ini, aku cuba mencari persamaan matematik  nya supaya kita boleh membuat kira-kira kepada konsep ini.

(n-1)2^d n^d

Dimana
n = purata jumlah anak bagi satu2 keluarga
d = berapa pupu yang kita mahu kira akan jumlahnya.

( Persamaaan ini adalah yang terbaik aku boleh fikirkan dengan ilmu yang aku ada, mungkin kelak ada orang yang lebih tinggi ilmu matematiknya boleh menambah baik jika perlu )

Jadi katakan untuk mengira berapa orangkah 3 pupu (d=3) yang ada dalam keluarga kita, dengan mengambil purata setiap pasangan mempunyai 2 orang anak (n=2), jumlahnya ialah
(2-1) 2^3 x 2^3 = 64 orang.

Manakala jumlah 4 pupu (d=4) jika purata jumlah anak dalam keluarga kita ialah 3 orang (n=3), maka
(3-1) 2^4 x 3^4 = 2592 orang

Ya, memang susah untuk menggunakan formula ini sendiri kerana kita tidak tahu nilai n ( purata jumlah anak didalam setiap keluarga saudara-saudara kita), tetapi kita boleh menggunakan statistik bancian purata jumlah anak setiap keluarga dalam negara Malaysia untuk membuat kira-kira kita secara umum.




Angka-angka ini meningkat secara exponential apabila kita mengambil statistik purata anak per keluarga untuk penduduk dunia iaitu 2.36. Kita boleh menggunakan formula tadi untuk membuat kira-kira (dengan andaian perkembangan keluarga adalah setara merentasi budaya dan negara), maka kita akan dapati saudara paling jauh yang kita ada atas muka bumi ini adalah 15 pupu.

Tetapi, memandangkan perkembangan keluarga (baca :pembiakan) adalah tidak setara atau tidak sama dan kebiasaannya hanya di dalam sesebuah budaya dan negara yang sama, saudara yang paling jauh yang kita ada dalam kumpulan etnik dan budaya  yang sama ialah lebih rapat daripada 15 pupu, manakala orang yang ada pertalian saudara dengan kita diatas muka bumi ini ialah sejauh 50 pupu.

Dalam mana mana keadaan, kita mempunyai  beratus-ratus  kalaupun tidak mencecah beribu saudara 3 pupu dan 4 pupu dan berkemungkinan besar kita sedang berkawan dengan sebahagian dari mereka malah mungkin juga silap-silap kita pernah atau sedang  berpacaran dengan mereka.

Cara lain untuk melihat subjek ini  adalah dengan cara menurun dari atas ke bawah dan kita akan dapati betapa cepat jarak pertalian itu membesar apabila generasi itu bergerak ke bawah. Senario – ketika kita dan adik beradik kita membesar didalam rumah yang sama,anak-anak kita pula yang mana mereka itu 1 pupu diantara satu sama lain mungkin akan berkawan atau mungkin juga tidak manakala cucu-cucu kita pula mungkin tidak berapa kenal diantara satu sama lain. Pada anak-anak dan cucu-cucu adik beradik kita pula, berkemungkinan mereka tidak pernah bertemu sedangkan cicit-cicit pula mungkin menjadi sahabat karib tanpa mengetahui bahawa moyang –moyang mereka merupakan adik beradik.

Satu contoh yang menarik untuk menggambarkan fenomena ini:



Masa Depan : Kon Keturunan Kita

Berkemungkinan kita tidak ada anak, atau mungkin anak kita tidak mempunyai anak. Tetapi kita ketepikanlah  dahulu kemungkinan-kemungkinan tadi, kita akan menjadi  ‘bapa’ atau ‘ibu’ suku atau bani ( contoh: Bani Syahir ) yang mana kon keturunan kita itu merupakan sebahagian daripada manusia sejagat. Dalam 200 tahun pertama , bilamana sebelum berkembang menjadi ribuan jumlah kon tersebut kelihatannya seperti ini :




Mari kita lihat lebih dekat pada salah seorang anak kepada cicit kepada cicit kepada cicit kita.



Si kecil Syasya dilahirkan sekitar tahun 2300M. Sama seperti misteri leluhur kita daripada awal tahun 1800 di atas tadi. Syasya terhutang budi kepada kita kerana sekelumit daripada personaliti Syasya dia warisinya daripada kita. Sampai ke situlah pertalian dia dengan kita.


Habis.

Setakat ini didalam tulisan tadi, kita boleh berseronok kerana kita merupakan key person didalam salasilah yang telah kita lukis diawal tadi. Kita telah  tampil sebagai anak dari hasil ribuan percintaan yang telah dijajarkan dengan begitu sempurna sekali. Kita menjadi centerpiece didalam lingkaran keluarga dikelilingi adik beradik dan saudara pupu. Dan kini, kita merupakan bapa kepada sebuah suku yang ber’bani’kan kita. Bani Syahir, how cool is that.

Tapi dengan hanya sedikit perubahan perspektif,
kita hanyalah salah seorang daripada ribuan keturunan kepada seorang lelaki daripada kurun ke-17, kita merupakan dua pupu atau tiga pupu atau empat pupu atau lima pupu atau ………….tiga belas pupu kepada orang lain dalam dunia ini dan kita hanyalah satu figura yang sangat-sangat kecil di lapisan atas kon leluhur kepunyaan Syasya.


Sebahagian besar daripada orang-orang di barisan paling atas itu merupakan  mereka yang sedang hidup pada hari ini, dan kita tidak tahu pun siapa lagi yang berdiri bersama –sama dengan kita didalam barisan itu. Siapa tahu lelaki yang bekerja di Secret Recipe Merlimau itu merupakan moyang kepada moyang kepada moyang kepada moyang Syasya juga. Kita dan dia merupakan ratusan leluhur dari zaman purba yang tidak bernama dan dilupakan.

Kesimpulan.

Sekarang, aku berasa istimewa dan penting dalam masa yang sama juga, aku berasa tidak relevan dan tidak ada makna. Menulis tulisan ini telah benar-benar  menyedarkan aku bahawa manusia adalah hanya merupakan balang sementara kepada genetik mereka. Dalam masa 150 tahun lagi, kesemua 7,100,000,000 manusia yang hidup pada hari ini akan mati,manakala  genetik kita pula akan terus dalam keadaan elok-elok sahaja, ianya akan hidup didalam jasad manusia-manusia lain. Selepas poin pertama kesimpulan tadi, aku berbelah bagi samada mahu berasa bagus ataupun tidak mengenai semuanya tadi. Kemudian, aku memerah fikiran aku kepada poin yang kedua ini.

Untuk memujuk ego aku ,aku patut mempertimbangkan bahawa kelak cucu cicit keturunan aku mungkin tidak perlu lagi bersusah payah bertanya kepada ‘Tok Itam‘ mereka untuk belajar dan mengetahui serba sedikit tentang kehidupan aku dan mengenali aku. Teknologi  merubah segalanya. Dalam 100 tahun lagi, cicit kepada anak aku boleh mendapatkan apa sahaja maklumat/foto/video dan apa sahaja yang dia inginkan untuk belajar tentang aku ( so stop uploading rubbish status and selfies ). Tapi adakah keturunan aku  nanti akan berminat hendak tahu aku ini ( moyang mereka ) bagaimanakah orangnya?

Arghhh. Walau macam mana pun, sekarang ini memang cuma ada satu sahaja cara terbaik untuk belajar dari mana asal usul kita. Jadi mulalah BERTANYA.

Syahir Abd Hamid
September 2016 Masihi.

3 comments:

  1. Alhamdulillah,tuan telah menyedarkan saya betapa pentingnya Ilmu nasab/geneology ini...terima kasih tuan kerana menyedarkan saya... kini saya sudah tahu buyut²/nenek moyang saya dari belah mak dan bapa saya.... ini merupakan maklumat yang paling berharga, kerana dizaman sekarang, ramai yang tidak mengambil tahu bagaimana kewujudan dan kehidupan moyang/buyut/canggah/cilawangi mereka...paling tahu pun moyang saja...dan sebahagian kecil sahaja yang tahu akan salasilahnya,dan faktor mereka tahu itu pun kerana asal keturunannya merupakan kerabat diraja ,tokoh² ternama,ulama²..

    Kesimpulannya,kita harus mengambil tahu tentang salasilah kita,kerana tanpa mereka siapalah kita,merekalah antara asbab kewujudan kita pada hari ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali Tuan. Dan memang benar sekali kata Tuan, sejarah diri kita sendirilah yang paling penting dan paling berharga.

      Delete