Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Setelah 87 tahun selepas pembinaannya, Masjid Zahir telah diperbesarkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975.
Masjid Zahir atau juga dikenali s...ebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia terletak di persimpangan Jalan Kampung Perak dan Jalan Pekan Melayu. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar bertentangan dengan Balai Besar.. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira – wira Kedah yang telah gugur semasa berjuang mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Reka bentuk Masjid Zahir diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

No comments:
Post a Comment