Sunday, 5 November 2017

Kota Melaka - Binaan Portugis awal

Lakaran Fortaleza Velha oleh Gaspar Correia atau Gaspar Correa (1496 - 1563) - Beliau adalah seorang ahli sejarah Portugis, pengarang "Lendas da India (" Legends of India "), salah satu daripada kerja-kerja penulisan yang paling awal dan paling penting tentang pemerintahan Portugis di Asia. Beliau digelar sebagai Polybius untuk Portugis.

Fortaleza Velha adalah sebuah kota untuk tujuan pertahanan. Kalau kita rujuk pada lakaran tadi, ianya berbentuk segi empat. Portugis mula membinanya pada 1511 dan siap pada 1512. Protugis membinanya diatas ‘Ground zero’ Masjid Agung Melaka.

 Di bawah merupakan maklumat yang aku dapat dari artikel tulisan Fadzli AK di Page  The Interesting Historical Facts Of Malaysia.


Apa itu Fortaleza Velha?

Ia adalah sebuah kota pertahanan berbentuk empat segi panjang yang dibina oleh Portugis bermula 1511 dan siap pada 1512.

Memandangkan sumber bahan binaan batu amat terhad di Melaka dan angkatan Sultan Melaka yang berundur ke Muar, Johor melakukan serangan yang kerap untuk merampas semula Melaka, pentadbiran Portugis telah membina Fortaleza Velha ini hampir setiap hari, tidak kira siang atau malam.

Tenaga yang digunakan untuk membinanya adalah dari tawanan perang, hamba Sultan Melaka yang ditangkap dan angkatan tentera Portugis sendiri. Ia dibina siang dan malam dan proses pembinaannya hanya terhenti semasa musim hujan.

Ia menggunakan batu-batu dari Istana Sultan Melaka, Masjid Agung Melaka, batu nisan kubur Sultan-Sultan, Pembesar-Pembesar dan rakyat Melaka. Terdapat juga rumah batu sekitar Kota Melaka dan Bandar Melaka yang dipugar untuk menambah kuantiti batu bagi tujuan pembinaannya. 

Selain itu, Portugis juga menggunakan batu yang dipugar dari beberapa bukit di sekitar Melaka seperti Bukit Cina dan Bukit Peringgit dan pulau-pulau sekitar perairan Pantai Melaka seperti Pulau Upeh dan Pulau Melaka.

Tapaknya dipercayai merupakan tapak Masjid Agung Melaka dan selain berbentuk 4 segi panjang, ia juga mempunya menara kawalan di sudut kota yang paling hampir dengan muara sungai di tebing selatan Sungai Melaka.

Apabila Portugis membesarkan dinding Kota Melaka hingga melindungi keseluruhan Bukit Melaka (St Paul Hill), ia dinamakan sebagai Fortaleza Velha @ Old Fort.

Ia dipercayai musnah teruk akibat diserang Armada Laut Belanda pada 1641 dan selepas itu Belanda telah membina Bangunan Stadhuys di atas tapaknya.

Lakaran ini adalah antara lakaran awal yang merakamkan Fortaleza Velha di awal tempoh pendudukan Portugis di Melaka dan sebelum Kota Melaka diperluaskan.


No comments:

Post a Comment